Perjalanan Yang Jauh

Pengembaraan Menuju Cinta Ilahi...

Kenangan Indah Bersama

Ahad lalu, 21 Februari 2010, aku dan suamiku Cikgu Sukri, telah mereka satu aktiviti meyerlah jauh dari yang biasa untuk anak-anak usrah dibawah kelolaan kami. Kami bercadang untuk buat Usrah gabungan bersama + BBQ di Sungai Jambatan Merah, Matang.

Alhamdulillah, suasana pada pagi Ahad itu amat ceria sekali, cuaca amat cerah...Alhamdulillah termakbul juga doa kami agar Usrah +BBQ ini dapat dilaksanakan. Risau juga tak jadi. Mana tak nya sejak dua tiga hari sebelum ni, hujan mencurah-curah tidak berhenti. Hasrat kami termakbul juga pada hari itu. Syukur Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan pada Mu Ya Allah.

Anak-anak usrah pun kami SMS..respondnya sungguh menakjubkan. Mana taknya...sebelum ni tak pernah kami buat usrah diluar...asyik dok terperuk di tempat tuisyen ku sahaja. Saja nak tukar angin anak-anak usrah ku yang tersayang.

Jam 9.00 pagi kami berkumpul di ERA (nama manja pusat tuisyenku). Sahabat kami, Rahime ikut serta bersama anak2 usrah Akhie Fato...sahabat kami tu bermusafir ke KL...kenalah Akhie Rahime jadi mento sementara anak usrahnya yang baru saja dibentuk 2 minggu lepas. Tak lupa juga, Akhie Razak pun join sekali. Anak usrahku ( Umi dan Atul, 2 beradik)membawa juga bersama keluarganya yang juga kenalan kami. Ramai jugaklah kami hari tu dari yang senior berumur 52 tahun hinggalah yang junior berumur 8 bulan...24 orang semuanya...kecik besar tak ketinggalan.

Sementara menunggu kelas tuisyenku habis jam 9.30 pagi, akhie Rohime bertolak dahulu membawa kuncu-kuncunya mencari port pelabuhan kami nanti di Sungai Jambatan Merah itu.

Sehabis kelas, tuition centre pun ditutup. Kami pun bertolak ke sana. Pagi tu belum ramai lagi pengunjung yang tiba. Bunyi desiran air disungai seolah-olah mengalukan kedatangan kami. Riang ria suara pengunjung yang mandi manda. Dengan tangkasnya CS(nama manja suamiku dlm program KBM) pun mulalah membantu Ahkhie Rahimedan Pak Cik Wan (bapa kepada anak usrahku Ummi dan Atul) menghidupkan api untuk projek BBQ ayam kami pada pagi itu.

Anak-anak usrah ku yang hadir pada hari itu: Syatirah, Rozie adikku, Shikin, Umi, Atul, Nadira dan Aida bersama-samaku pun mencari port untuk melaksanakn usrah santai pada pagi yang syahdu itu. Dibawah pokok yang rendang tidak jauh dari port BBQ. Alhamdulillah...dalam hati bersyukur kerana dapat juga aku merapatkan lagi ikatan ukuwah ddengan anak-anak usrahku dengan aktiviti ceria seperti ini.

Usrah santai pada pagi itu kami isi dengan bacaan surah As-Syam... sempena pagi yang cerah bersinar itu ada juga mereka yang tidak lancar bacaannya...namun digagahi juga untuk membaca ayat suci itu. Kawan disebelah turut membantu membetulkan bacaan. Aku pun memberi tazkirah berdasarkan ayat Al-Quran itu yang cukup dekat dengan jiwa kami...Alhamdulillah...khsuyuk mereka mendengarnya.


Sambil-sambil itu kulihat, Akhie Rahime juga turut mengajak anak-anak buahnya berkumpul dimeja rekreasi disitu..Riang ria wajah anak-anak pria nyang meningkat usia remaja itu. Mana taknya...tersangat gembira bila diajak bersantai begini.

Setelah usrah dijalankan, aku memberi peluang anak-anak usrahku menikmati kesejukan air sungai Jambatan Merah itu. Aku pun tidak ketinggalan. Air deras sedikit...kerana hari semalamnya hujan lebat tidak berhenti.

Si kecil nasih...pertama kali merasa sejuknya air sungai. Ku rendamkan kakinya ke dalam air sungai itu. Terdiam simanjaku itu...suatu pengalaman baru baginya sejak usianya mencecah 8 bulan..Puteriku yang lain...riang ria bermain air. Cuma si Asiyah takut2 berendam dalam air sejuk itu. Duduk diam digigi air....

Kami naik semula ke port BBQ kami. Ada sebahagian ayam yang dah masak. Terkelip-kelip mata CS menahan asap dari bakaran arang BBQ itu. Bro Razak tidak ketinggalan mencuba bakat jadi Cheif...tempek-tempek ayam dengan serai cecah minyak...

Teringat peristiwa semalam...hampir pukul 2 pagi aku dan CS menyediakan bahan dan memerap ayam BBQ itu. Alhamdulillah dapat juga kami menjamu selera ayam itu hasil tanganku....

Kami menjamu selera dengan ayam BBQ beserta nasi lemak Kak Pah...ibu anak usrahku (Umi dan Atul)...sedap sungguh...usai makan nasi lemak dan ayam BBQ...jambu cecah pitis pula jadi hidangan. Memang mantap hidangan pada hari itu.Sehingga menjilat jari..

.

Usai makan...Syati pula memotong kek harijadinya...aku tak teringat hari itu tarikh hari jadinya...21 Februari 2010. Terpaksalah adikku sorang ni beli kek harijadi sendiri...Akulah jadi orang pertama disuapnya...Nasib baikla kek tu sedap...memang tak cukup sekali suap...

Selesai makan kek, ambil gambar...kami pun mengemas port persinggahan sementara itu. Para ikhwah pula berkumpul semula...akhie Rahime memeriksa assignment untuk anak-anak buahnya...Mereka cari batu istimewa semasa mandi-manda tadi...ADA APA PADA BATU...? Tu la tajuk yang dapat aku teka tentang tazkirah yang akan Akhie Rahime bentangkan pada remaja pria itu.

Kami singgah sekejap untuk solat zohor bersama disebuah masjid di Kampung Matang...Selepas itu kami masing-masing menghantar anak-anak usrah yang menumpang kuda kami. Alhamdulillah...syukur pada Allah...program usrah santai +BBQ berjalan lancar.

Musibah Kecil...

Hari ini seperti biasa, pukul 7.00 pagi , aku dan suami a.k.a Cikgu Sukri beserta anak kecilku Nasih Ulwan dan Aisyah bergegas turun untuk pergi ke tempat tuisyen...meneruskan pekerjaan seperti biasa.Suamiku turun ke kereta dahulu membawa Nasih dan aku masih menguruskan peralatan untuk dibawa ke pusat tuisyen.

Sebaik sahaja tiba ditempat letak kereta (rumah ku jenis apartment, tingkat 4) aku berasa pelik mengapa enjin kereta belum lagi dihidupkan oleh Cikgu Sukri...namun perasaan ku tak ku hiraukn dan aku masuk ke dalam kereta seperti biasa...barulah Cikgu Sukri mengatakan bahawa kereta tak dapat nak start...batery weak...
Dalam hatiku apalagi..."alamak...kelas nak start 7.30 pagi...macam nei tok...?"

Suamiku bergurau..."Jom kita jalan kaki". Fikirku boleh juga jalan kaki...namun masa yang diambil mungkin setengah jam perjalanan dengan meredah hujan rinis bersama dua anak kecilku. Namun kesian la dengan anak kecilku itu...Suamiku pun memberi idea supaya menelefon pembantu ku , Shikin untuk mengambilku dan Nasih.

Alhamdulillah, setelah telefon didail, Shikin pun menjawab dan bersetuju mengambil aku dan anak kecilku.HAri ini dalam sejarah, Nasih Ulwan pertama kalinya naik motosikal. Suamiku pula akan terus meredah hujan bersama Aisyah. Maknanya itulah
juga kali pertama Aisyah berjalan sejauh itu untuk ke tempat tuisyen kami yg sememangnya kalau menggunakan kereta cuma 5 minit perjalanan...

Sepanjang perjalanan membonceng motosikal bersama Shikin, Nasih Ulwan terdiam kaku...mungkin anakku itu berasa pelik kerana terasa angin kuat berada disekelilingnya...aku tersenyum sendiri melihat telatah puteraku.Sesampai ku ditempat tuisyen memang sudah ada pelajar yang menunggu. Aku pun meneruskan tugas sebagai guru tuisyen seperti biasa.

Setelah hampir pukul 8 pagi, suamiku tiba bersama Aisyah. Kasihan juga aku melihat wajahnya. Tak pernah-pernah puteriku itu berjalan sejauh itu.

Setelah suamiku tamat kelas tusiyen pada pukul 9.30 pagi, urusan pembelian bateri kereta baru diselesaikan segera. Kali ini, motosikal shikin dipinjam untuk membereskan hal itu...Fuhhh...melayang juga duit dua ratus lebih membeli bateri yang baru...tak semena-mena benda kecilitu mahal harganya. Namun untuk bergerak...terpaksa juga poket dikosongkan untuk membelinya.

Alhamdulilah...musibah kecil itu dapat di atasi. Ketika ini aku masih lagi berada di kelas tuisyen menersukan perjuangan sebagai guru tuisyen. Moga ada hikmah disebalik kesulitan kecil ini. aminnn...

Perjalanan Ku Yang Jauh


Bulan Februari ini merupakan bulan yang agak sibuk bagiku. Selain dari menguruskan hal rumahtangga, anak-anak, dan pusat tuisyen aku juga disibukkan dengan aktiviti dakwah di luar.

7 hb yang lepas...aku dijemput oleh salah seorang sahabat untuk mengisi slot dalam programnya "Auladku Sayang".
Program yang menghimpunkan anak-anak sekolah rendah tahun 1 - 6. Program setengah hari itu diwarnai pelbagai aktiviti yang menarik hati adik-adik kecil ini yang juga sebaya dengan anak-anakku...aku diberi peluang untuk mengisi slot "Dengarlah Adikku".aku bercerita pada anak-anak kecil ini berkenaan kisah kaum Israel yang ingkar hingga bertukar menjadi beruk...Alhamdulillah ada juga yang khusyuk mendengar dan tak kurang juga ada yang menyampuk... namun demi adik-adik comel ini..ku teruskan juga cerita pendek ku pada pagi itu...



Selang dua minggu, 12 - 14 februari yang lalu...aku bermusafir ke daerah Sibu...menjadi sebahagian team JIM Kuching untuk memenuhi permintaan program ABJZ dan Keindahan BersamaMu di sana. Perjalanan darat menggunakan kereta dimana suamiku, Cikgu Sukri a.k.a Abg E menjadi pilot kami pada hari itu. Kami ditemani adikku sendiri, Rozie, anak ku Ezyan...mesra dengan panggilan Udak bersama seorang anak muridku, Syatirah yang juga merupakan adik KRJ turut serta bermusafir ke Sibu. Tak lupa juga putera kesayangan ku Nasih Ulwan turut tidak ketinggalan menjadi team JIM Kuching paling kecil.Perjalanan kami bermula jam 7 pagi Jumaat, 12 februari dari Kuching dan sampai di Sibu pada pukul 12 lebih tengahari...Terasa cepat kami sampai...lebih kurang 5 jam...mana tak nya meter kereta mencecah 13o km/jam dipandu oleh CS...

Program kami pada hari Jumaat itu bermula dengan ABJZ di Wisma Persekutuan Sibu, Tingkat 9...pada pukul 2.30 ptg...Alhamdulillah...walaupun pada mulanya dikhabarkan peserta hanya 20 orang...tapi bila kami sampai..dewan hampir penuh dengan remaja sekitar Sibu. Syabas buat penganjur iaitu HIKMAH Sibu kerana berjaya mengumpulkan anak-anak remaja yang sememangnya perlukan input ABJZ seperti ini. Kami tidak ketinggalan menyebarkan risalah tentang sambutan valentine yang jatuh hari pada ahad nanti 14 Februari. Moga anak-anak remaja yang hadir itu sedar dan tidak mekukan perkara yang HARAM itu.

Sesudah ABJZ selesai, kami berkunjung ke rumah pak cik saudaraku, Pak Mok di Kampung Bahagia...salam orang Kuching kami sampaikan.

Malam pula TOT KBM berlangsung di dewan sekolah Teknik Sibu. Ramai juga fasi yang hadir membantu. Ada yang dari Sibu sendiri(cikgu Tadika Ummi), ikhwah dari Maktab Perguruan Rajang (juga bakal cikgu)...kami juga dimaklumkan...sahabat dari Bintulu pun datang juga pada malam itu...dan mereka sampai di Sibu pada pukul 2 pagi.Moga allah memberi pahala atas kesusahan kita yang melakukan kerja dakwah ini...Aminnnn


KBM bermula dengan jayanya sepanjang 2 hari itu (Sabtu dan Ahad) walaupun pada malam sabtu itu ianya disertai dengan bunyi letupan mercun dan bunga api kaum Cina yang sibuk menyambut Tahun Baru Cina...nammun...dengan izin dan bantuan allah semunya berjalan lancar...aku sendiri begitu gabra menghadapi saat untuk mengendalikan program pada malam itu...Namun masyaallah bantuan Allah...segalanya berjalan lancar. Aku kagum dan terharu dengan komitmen para fasi yang membantu kami pada KBM kali ini. Tahniah pada anda semua.

Kami berpisah jam 2 petang dan perjalanan kami meninggalkan daerah Sibu bermula jam 4.30 petang setelah melepasi tol jambatan Hulu Lanang...alhamdulillah selamat mendarat dirumah ibuku di Semariang jam 9.30 malam. Sepanjang perjalan pergi dan balik memang hati ini tidak lepas berdoa agar dipermudahkan perjalanan kami itu.

Penghargaan terima kasihku juga tak lupa juga untuk ayah dan bondaku yang sudi menjaga 4 orang puteri yang kami tinggalkan sepanjang kami ke Sibu. Moga Allah membalas segala jasa ayah dan bondaku itu dengan syurga...Aminnnn



Take 5...

Hari Jumaat yang lalu 5 Februari 2009...

Anak-anak merengek nak pergi ke Reservoir Park..kata mereka nak jogging...
Aku seperti biasa...semestinya akan mengikut Abg E (suamiku) untuk mengambil Along di Sekolah St Thom yang tak jauh dari taman tu..Anak-anak punyelah gembira bila diajak bersama ke sana...


Dikesempatan yang ada...aku cuba mendamaikan hati, mengosongkan fikiran...menikmati pemandangan alam sekitar...lama juga aku tak menjengah kaki ke taman ini...sejak memasuki tahun 2010 ni...rasanya setiap hari terlalu sibuk bagiku...Bayangkan 7 hari bekerja di tuition centre...



namun dikesempatan yang ada...ku luangkan juga masa untuk melayani 5 puteri dan
seorang puteraku pada ptg yng singkat itu.


Tak lupa juga...sembang-sembang santai bersama suami ku yang tersayang...Abg E...lama jugak kami tak dating...mcm ni...


Hari ini 1 Februari 2010...rasanya belum terlambat bagi ku untuk menuturkan ucapan Salam Tahun Baru 2010 kepada pembaca blog ku ini. Hari ini aku bersemangat baru menbina laman blog baru ku ini setelah menyertai Bengkel Membina Blog dan Menyunting Video semalam yang diadakan di pusat tuisyen ku sendiri...

Alhamdulillah...banyak benda yang ku pelajari sehingga berkobar-kobar rasanya nak buat blog sendiri.

Laman blog ini kutitipkan khas untuk anak-anak ku...moga suatu hari kelak mereka dapat membaca coretan ku ini.

Tentang Aku

My photo
Registered Counselor | Motivator | Certified NLP Professional Presenter | Certified NLP For Teacher

Teman Hidupku

Teman Hidupku
CS Yang Tersayang

Apa Yang Ku Pelajari


Apa yang ada jarang disyukuri....apa yang tiada sering dirisaukan...nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang dari genggaman...

Permata Hati

Permata Hati
Nor Aisyah Humairaa & Ahmad Nasih Ulwan

Followers

Halwa Telinga

Masa Pantas Berlalu