Perjalanan Yang Jauh

Pengembaraan Menuju Cinta Ilahi...

.... Ke sekian kalinya

alhamdulillah...hari ini aku menjeguk blog yag sudah lama ku tinggalkan... lantaran kesibukan dunia yangn tidak pernah surut dalam kehidupan ku... alhamdulillah...masih ada lagi masa untuk ku berbicara dengan diri ku sendiri di alam maya ini.

jika dihitung, dibilang... memang lama sudah blog ini tak terupdate...umur said mukri pun hampir setahun...last update pd usianya 4 bulan.. memang mengharukan...

hari ini 15 September 2011...emmmm lagi sebulan umur said dh menjangkau setahun...alhamdulillah banyak dah perkara yang dipelajarinya...sekarang sudah pandai merangkak dengan lajunya..."berteter" di tepi katil...tunggu masa lagi nak belajar berjalan sendiri. Perkembangan nya lebih cepat dari abang dan kakaknya...


Ramadhan dah berlalu ...hari ini sudah 17 Syawal...baru 3 hari kami sekelurga puasa sunat 6 hari. moga terlaksana genap 6 hari...sebelum habis lagi bulan Syawal mulia ini.

Keehidupan harian ku kini ada lagi peribahan...Syukus alhamdulillah..CS dah dapat tawaran berkerja sebagai pegawai belia HIKMAH...moga segala urusan perkerjaannya dipermudahkan...dan rezeki kami makin bertambah...maklumlah anak yang disara sudah 8 org..perbelanjaan harian makin bertambah juga..
Perkembanan trkini juga...kami juga sudah berpindah tempat tuisyen dari centre rumah kedai ke rumah sewa milik seorang rakan dari bintulu...atas sebab2 tertentu kami terpaksa berpindah ke situ.... Ya Allah bantulah akau untuk menguruskan home tuition ini dengan sebaiknya.

Aku kini sudah bernekad...bila CS sudah bekerja diluar dengan rutin kerja jam 8.00 pagi balik jam 5 petang...maka aku bernekad untuk menjadi suri rumah sepenuh masa...jaga anak...dengan sebaiknya...serta jalankan bisnes sampingan selain dari tuisyen...beratnya bebanan CS yang tercinta...

Sepanjang tempoh aku tidak menulis sebaran entry di blog ini pun sebenarnya banyak juga perkara yang belaku dalam kehidupan ku...dalam bulan Mac hingga Mei yang lalu aku jadi guru ganti untuk cikgu bersalin di sebuah sekolah di Kuching...merasa jugak la jadi cikgu sekolah...Alhamdulillah...sepanjang jd cikgu di sekolah tersebut tak banyak rintangan aku lalui kerana pelajar2nya adalah pelajar cemerlang... Walaupun begitu gundah gulana hati sepanjang bekerja diluar memikirkan baby said yang masih berumur 4 bulan ditinggalkan...dengan said masih lagi breastfeeding ..... resah jga dibuatnya.

namun kini...aku masih lagi mencari kekuatan untuk menjadi surirumah sepenuh masa yang kuat untuk menghadapi hari-hari muka yang kurasakan begitu mencabar...membesarkan anak-anak...menyara makan minum...memenuhi keprluan harian dan sebagainya...

aku hanya mampu berdoa padamu Ya Allah agar aku diberi kesabaran menghadapi cubaan mu...
dan pdmu CS, suamiku...moga susah dan senang kehidupan kita ini kita lalui bersama...

Hari ini merupakan hari ke 42 tempoh pantangku setelah bersalin anakku yang ke-4... juga merupakan hari ke 42 anakku lahir ke dunia ini.

Syukur alhamdulillah...anak yang ku lahirkan seorang putera. Tepat jam 7.26 petang pada tarikh 18 Oktober 2010 bersamaan 11 Zulkaedah 1431H lahirlah putera ke-2ku...nama yang aku dan CS sepakati untuknya...Ahmad Said Mukri. Dilahirkan seberat 3.38 kg secara normal setelah sehari semalam aku berkampung di H.U.S...

Alhamdulillah kelahiran kali ini lebih mudah dan sakit yang dikatakan sebagai contraction itu jarang berlaku disepanjang tempoh genting itu. Ceritanya bermula pada tarikh 17 Oktober apabila aku menyatakan hasrat pada CS untuk ke klinik Healthcare untuk scan baby dalam kandungan...kerana risau due date 16 hb telah berlalu...namun puteraku yang ke-2 tidak menunjukkan tanda untuk keluar pada tarikh itu. Semasa pemeriksaan...doktor kata pintu rahim dah buka 2cm...wah...maknanya dah kena check in di hospital... apalagi setelah keluar dari klinik tersebut...Aisyah dan Nasih Ulwan terus kami hantar ke rumah ibuku di Semariang... Aku dan CS pulang untuk mengambil barang keperluan ku untuk bekalan di hospital.

Jam 1 petang sampai dihospital aku terus di suruh menjalani ujian CTG...nak check heartbeat baby dan contraction rahim.. lama juga aku disitu...dan akhirnya doktor hantar ke wad bersalin katil No 4 untuk menunggu masa keramat itu.

Entah berapa kali aku menjalani ujian CTG sepanjang sehari semalam berada di wad bersalin...rasa hati punyalah berdebar...siapa yang tak berdebar bila dikatakan waktu itu merupakan penentuan hidup dan mati...bertarung nyawa untuk melahirkan anak yang dikandung 9 bulan lebih itu. Buku panduan mengandung, bersalin dan Menyusukan anak memang aku bawa bersama...mudahlah untukku membaca surah-surah pilihan serta doa yang diajar agar dipermudahkan proses bersalin nanti... Memang tak lekang mulut menyebut doa mohon pertolongan Allah...

18 hb...pada waktu pagi...doktor melakukan pemeriksaan pada pintu rahim masih lagi 2cm.. doktor kata kalau masih berterusan 2 cm hingga jam 2 patng nanti...aku disuruh discharge @ pulang... Hatiku bercampur baur antara suka dan risau...Suka kerana disuruh pulang kerana bosan duduk di hospital...risau kerana sakit contraction itu jarang-jarang berlaku... takut apa-apa terjadi dengan baby di dalam kandungan.

Berita itu ku khabarkan pada CS..."bersabar dan doalah banyak-banyak pada Allah"...itulah pesannya. Jam 2 petang...apintu rahim diperiksa lagi...alhamdulillah sudah terbuka 4 cm... aku tidak perlu pulang... CTG sekali lagi ku jalani. selesai sahaja aku pun dihantar ke dewan bersalin jam 4 petang...Sms segera dihantar pada CS...

2 jam lebih menunggu...disertai sakit contraction yang semakin rapat...saat yang ku tunggu pun tiba...CS dibenarkan masuk menemaniku bila sahaja pintu rahim terbuka 9 ke 10 cm... Itulah pertama kali CS menemaniku untik bersalin sejak4 tahun berturut-turut aku menjadi pelanggan setia HUS.

Jam 7.26 petang itu...Ahmad Said Mukri selamat ku lahirkan. Dengan kudrat yang ada...aku meneran sepenuh tenaga... rasa sakitnya hanya yang bergelar ibu serta Allah sahaja yang tahu perit sakitnya....Namun kesakitan itu bagaikan terubat bila menatap tubuh badan, anggota badan cukup sempurna dan wajah yang tiada cela saat memangkunya setelah tali pusatnya dipotong...terasa ingin aku sujud syukur di saat itu juga...Mengalir air mata gembiraku pada waktu itu.

Subhanallah, walhamdulillah,wa la ila ha illallah, alla hu akbar

Syukur hanya ku panjatkan padaMu Ya Allah.

Hari ini merupakan hari dijangka lahirnya anakandaku yang ke-4....Namun subhanallah..maha suci Allah aku masih lagi disini...berada dalam kelas bersama anak didikku...masih lagi Allah bagi kesempatan untukku mengajar tuisyen.

Mungkin ada hikmah disebaliknya....

Sebelum berakhir bulan Syawal yang lalu...aku memang sudah berdebar-debar menunggu saat kelahiran bayi yang ke-4 ini...namun hingga saat ini Allah masih biarkan aku penuh debaran untuk menatap wajah permataku yang seorang ini..oh...tidak sabar rasanya...


Jika diikutkan sejarah yang lalu, anak pertamaku Aisyah Humairaa dan anak ketiga Ahmad Nasih Ulwan memang lahir awal dari due date yang diberikan doktor. Memang benar...Kita merancang, Allah merancang...dan sesungguhnya perancangan Allah itu lebih sempurna. Begitu juga dengan anakandaku yag kedua...hanya bertahan 5 bulan dalam kandungan...entah bagaimana boleh berlaku keguguran...misabortion....terasa pedih, hancur luluh hati mengenang anakanda ku itu...kuberikan nama manjanya Aiman...sesungguhnya Allah itu lebih menyayanginya...moga rohya dicucuri rahmat....dan moga dia nanti dapat menggapai tanganku dan abahnya untuk bersamanya disyurga nanti...Ummi sayang Aiman....


Dan harapanku pada anak yang bakal kulahirkan ini nanti...moga dia menjadi anak yang soleh atau solehah...dan ku panjatkan padamu Ya Allah...permudahkan kan bagi untuk bersalin nanti....Amin...Amin Ya Rabbalalaminnn...





Ezyan, Eza, Aisyah, Nasih, Ezzah (Angah) dan Ezzan

Pertama sekai ingin ummi sampaikan salam kasih sayang untukmu...
Dan di alam maya ini juga ingin ummi sampaikan salam tahniah untukmu...
kerana dirimu kini sudah melangkah ke alam dewasa...



Tahniah sayang....semoga alam baru ini dapat kau manfaatkan sepenuhnya.
Ummi akan tetap ingat tarikh itu sampai bila-bila...kerana saat itu adalah saat gundah
ummi memikirkan....betapa beratnya tanggungjawab ummi untuk menjelaskan segalanya
apa itu alam dewasa kepadamu...sedikit demi sedikit ummi memikirkan cara kreatif lagi menarik agar kau menghargai saatnya kau mencapai usia baligh itu.


Semoga apa yang ummi ajarkan kepadamu akan kau ingat selamanya...kerana disitulah mulanya kau memelihara dirimu untuk menjadi muslimah sejati...mulanya kau memelihara amal ibadahmu untuk bekalan diakhirat kelak...mulanya kau memikul sendiri dosa dan pahala atas segala perbuatan baik atau buruk yag kau lakukan sejurus kau memasuki alam yang penuh dugaan ini. Ummi doakan yang terbaik untuk angah (nama manjamu dalam keluarga) agar dapt menjadi contoh teladan yang baik untuk adik-adikmu...


Ingat 3 perkara utama yang ummi terangkan
  • pertama-jaga solatmu
  • kedua- jaga aurat dan pakaianmu
  • ketiga-jaga adab pergaulannmu dengan lelaki ajnabi

disitulah kuncinya agar kau menjadi muslimah harapan abah dan ummi...
Akhir kata untuk anak daara kesayang abah dan ummi...perindahkan akhlakmu agar kau mudah dikenali sebagai muslimah solehah....

Abah dan ummi sentiasa mendokan yang terbaik untukmu dan adik-beradik yang lain.

Salam kasih sayang dari Ummimu...

Risau...

Bila membaca akbar...macam-macam berita yang dibaca...Salah satu yang menyentuh hatiku tatkala dalam keadaan yang sarat mengandung ini...adalah isu berkenaan kanak-kanak. Kes buang bayi, dera, bunuh .....

Sepertinya dunia ini sudah menjadi tempat yang tidak selamat untuk para bayi dan kanak-kanak. Bila ku lihat wajah anak-anakku...terdetik dalam hatiku bagaimanakah masa depan mereka seandainya aku dan abahnya sudah tiada didunia ini...anadai kami berdua dijemput Allah ke alam barzakh sebelum sempat kami melihat mereka dewasa...sungguh hati ini begitu risau.

Sudah lama rasanya tidak menjenguk blog ku sendiri...apatah lagi untuk update isi kandungannya.
Terlalu sibuk dengan urusan peribadi...lantas blog ini ku tinggalkan jauh....berbulan-bulan lamanya...mungkin diandaikan seperti rumah...rasanya penuh dengan sawang-sawangnya...

Mungkin tak keterlaluan ingin ku ceritakan disini... sebenarnya diriku sudah sarat mengandung waris cs yang keempat..sudah masuk fasa bulan ke lapan...bertambah lagi bilangan ahli keluarga kami ...mungkin hujung bulan 9 atau pun on time...due date yang diberi oleh doktor ialah 16 Oktober 2010...tapi history anak-anak yang lalu memang awal dari due date yang dikira...

Hari ini sudah masuk 13 Ramadhan...alhamdulillah puasa masih ku teruskan... Allah memberi kekuatan padaku untuk meneruskan ibadah ini. Moga aku dapat meneruskan perjuangan Ramadhan ini hingga ke akhirnya...jarang sekali dapat menamatkan ibadah itu sejak menginjak usia baligh dahulu...

Kenangan Indah Bersama

Tentang Aku

My photo
Registered Counselor | Motivator | Certified NLP Professional Presenter | Certified NLP For Teacher

Teman Hidupku

Teman Hidupku
CS Yang Tersayang

Apa Yang Ku Pelajari


Apa yang ada jarang disyukuri....apa yang tiada sering dirisaukan...nikmat yang dikecap barukan terasa bila hilang dari genggaman...

Permata Hati

Permata Hati
Nor Aisyah Humairaa & Ahmad Nasih Ulwan

Followers

Halwa Telinga

Masa Pantas Berlalu