Hari ini merupakan hari ke 42 tempoh pantangku setelah bersalin anakku yang ke-4... juga merupakan hari ke 42 anakku lahir ke dunia ini.

Syukur alhamdulillah...anak yang ku lahirkan seorang putera. Tepat jam 7.26 petang pada tarikh 18 Oktober 2010 bersamaan 11 Zulkaedah 1431H lahirlah putera ke-2ku...nama yang aku dan CS sepakati untuknya...Ahmad Said Mukri. Dilahirkan seberat 3.38 kg secara normal setelah sehari semalam aku berkampung di H.U.S...

Alhamdulillah kelahiran kali ini lebih mudah dan sakit yang dikatakan sebagai contraction itu jarang berlaku disepanjang tempoh genting itu. Ceritanya bermula pada tarikh 17 Oktober apabila aku menyatakan hasrat pada CS untuk ke klinik Healthcare untuk scan baby dalam kandungan...kerana risau due date 16 hb telah berlalu...namun puteraku yang ke-2 tidak menunjukkan tanda untuk keluar pada tarikh itu. Semasa pemeriksaan...doktor kata pintu rahim dah buka 2cm...wah...maknanya dah kena check in di hospital... apalagi setelah keluar dari klinik tersebut...Aisyah dan Nasih Ulwan terus kami hantar ke rumah ibuku di Semariang... Aku dan CS pulang untuk mengambil barang keperluan ku untuk bekalan di hospital.

Jam 1 petang sampai dihospital aku terus di suruh menjalani ujian CTG...nak check heartbeat baby dan contraction rahim.. lama juga aku disitu...dan akhirnya doktor hantar ke wad bersalin katil No 4 untuk menunggu masa keramat itu.

Entah berapa kali aku menjalani ujian CTG sepanjang sehari semalam berada di wad bersalin...rasa hati punyalah berdebar...siapa yang tak berdebar bila dikatakan waktu itu merupakan penentuan hidup dan mati...bertarung nyawa untuk melahirkan anak yang dikandung 9 bulan lebih itu. Buku panduan mengandung, bersalin dan Menyusukan anak memang aku bawa bersama...mudahlah untukku membaca surah-surah pilihan serta doa yang diajar agar dipermudahkan proses bersalin nanti... Memang tak lekang mulut menyebut doa mohon pertolongan Allah...

18 hb...pada waktu pagi...doktor melakukan pemeriksaan pada pintu rahim masih lagi 2cm.. doktor kata kalau masih berterusan 2 cm hingga jam 2 patng nanti...aku disuruh discharge @ pulang... Hatiku bercampur baur antara suka dan risau...Suka kerana disuruh pulang kerana bosan duduk di hospital...risau kerana sakit contraction itu jarang-jarang berlaku... takut apa-apa terjadi dengan baby di dalam kandungan.

Berita itu ku khabarkan pada CS..."bersabar dan doalah banyak-banyak pada Allah"...itulah pesannya. Jam 2 petang...apintu rahim diperiksa lagi...alhamdulillah sudah terbuka 4 cm... aku tidak perlu pulang... CTG sekali lagi ku jalani. selesai sahaja aku pun dihantar ke dewan bersalin jam 4 petang...Sms segera dihantar pada CS...

2 jam lebih menunggu...disertai sakit contraction yang semakin rapat...saat yang ku tunggu pun tiba...CS dibenarkan masuk menemaniku bila sahaja pintu rahim terbuka 9 ke 10 cm... Itulah pertama kali CS menemaniku untik bersalin sejak4 tahun berturut-turut aku menjadi pelanggan setia HUS.

Jam 7.26 petang itu...Ahmad Said Mukri selamat ku lahirkan. Dengan kudrat yang ada...aku meneran sepenuh tenaga... rasa sakitnya hanya yang bergelar ibu serta Allah sahaja yang tahu perit sakitnya....Namun kesakitan itu bagaikan terubat bila menatap tubuh badan, anggota badan cukup sempurna dan wajah yang tiada cela saat memangkunya setelah tali pusatnya dipotong...terasa ingin aku sujud syukur di saat itu juga...Mengalir air mata gembiraku pada waktu itu.

Subhanallah, walhamdulillah,wa la ila ha illallah, alla hu akbar

Syukur hanya ku panjatkan padaMu Ya Allah.