Ezyan, Eza, Aisyah, Nasih, Ezzah (Angah) dan Ezzan

Pertama sekai ingin ummi sampaikan salam kasih sayang untukmu...
Dan di alam maya ini juga ingin ummi sampaikan salam tahniah untukmu...
kerana dirimu kini sudah melangkah ke alam dewasa...



Tahniah sayang....semoga alam baru ini dapat kau manfaatkan sepenuhnya.
Ummi akan tetap ingat tarikh itu sampai bila-bila...kerana saat itu adalah saat gundah
ummi memikirkan....betapa beratnya tanggungjawab ummi untuk menjelaskan segalanya
apa itu alam dewasa kepadamu...sedikit demi sedikit ummi memikirkan cara kreatif lagi menarik agar kau menghargai saatnya kau mencapai usia baligh itu.


Semoga apa yang ummi ajarkan kepadamu akan kau ingat selamanya...kerana disitulah mulanya kau memelihara dirimu untuk menjadi muslimah sejati...mulanya kau memelihara amal ibadahmu untuk bekalan diakhirat kelak...mulanya kau memikul sendiri dosa dan pahala atas segala perbuatan baik atau buruk yag kau lakukan sejurus kau memasuki alam yang penuh dugaan ini. Ummi doakan yang terbaik untuk angah (nama manjamu dalam keluarga) agar dapt menjadi contoh teladan yang baik untuk adik-adikmu...


Ingat 3 perkara utama yang ummi terangkan
  • pertama-jaga solatmu
  • kedua- jaga aurat dan pakaianmu
  • ketiga-jaga adab pergaulannmu dengan lelaki ajnabi

disitulah kuncinya agar kau menjadi muslimah harapan abah dan ummi...
Akhir kata untuk anak daara kesayang abah dan ummi...perindahkan akhlakmu agar kau mudah dikenali sebagai muslimah solehah....

Abah dan ummi sentiasa mendokan yang terbaik untukmu dan adik-beradik yang lain.

Salam kasih sayang dari Ummimu...